Tuesday, 19 May 2015

Singapore day 1

Demam dari penang pon belum kebah sambung g trip ke Singapore pulak. Actually ni annual trip company so terpaksa la ikut memandangkan kat office hanya 3 orang staff. Tu pon lagi sorang tak join sebab ada baby. Lagi pulak boss sponsor everything dan yang paling penting passport pon boss belanja. Untung kan 5 tahun kot. Balik dari Penang aku mc on tuesday and g office on Wednesday sebab bos nk brief pasal trip. Bos awal-awal da pesan makan ubat minum air masak banyak-banyak sebab kat sana nanti kita banyak berjalan. Aku dengan muka redha mengangguk jela. 

Pagi khamis tu bangun awal-awal sebab aku da set nk beli bubur mc'd dulu sebab nk telan ubat. Bekalan ubat bukan main lagi dari panadol active fast sampai la ubat lenguh-lenguh sakit urat bagai. Tu pon last minute aku p farmasi then hari tu jugak aku pergi money changes. Aku park kereta umah bos n pergi 1 kereta je sebab berenam je lagipon anak bos sorang tu pon kecik lagi. Kul 6.30am ktorg da gerak g klia 2. Memandangkan airport baru tu besar gedabak maka kena pergi awal sket untuk mengelakkan kelam kabut. 

Ktorg straight ke LTCP (long term car park) sebab kita pon pergi a few days kan so kat situ parking agak murah around rm32.00/day. Kalau park kat airport memang cekik darah la kan.Dari LTCP ktorg take the shutter bus to airport. Service shutter bus adalah foc. Sampai je airport sumpah memang besar giler kalau sorang-sorang mau menagis aku kat situ (tipu sunat tanv menagis) hahaha..

So, memandangkan flight ktorg kul 10.15am so bos ajak g breakfast dulu yelakan memang tak sempat la nk breakfast kat rumah 6.30am da gerak dari rumah bos! Lepas bos check semua, ktorg terus g makan. Aku tekak tak berapa nak ok ni rasa nak makan asam laksa jela. Yang lain siap tibai nasi kat chicken rice shop (a big portion for breakfast), ayam dia separuh kot. Lepas makan & sembang-sembang terus masuk boarding hall.

Flight dari kl-singapore around 1hour 15min. Thank you Air Asia for the good service and friendly stewardess (handsome gler abang steward)!! Sampai je Changi Airport, serius sangat-sangat bersih, disiplin and yang penting very futuristic! Superb! Awesome ok!



From airport to hotel ktorg kena ambil train. Tak silap aku fast train kot. Kalau pergi holiday seeloknya study dulu nk kena ambil train, tempat-tempat yang nak pergi, hotel and etc.Tapi ni semua boss yang study ktorg bawa badan jela.

ticket! simpan leklok
Dari Changi Airport ambil train ke Saragoon Station sebab hotel ktorg area situ. Skali da naik da terlajak 1 station so kena berjalan boleh tahan jauhnya. Boleh tahan jugak lenguhnya! Boleh kurus kalau berjalan macam ni hari-hari. Hotel 1st ktorg Kovan Hotel. Hotel ni 2* tapi seriously bersih. Totally Singapore memang bandar yang bersih. Masa jalan ke hotel ada nampak rumah ala-ala flat la kat tempat kita tapi kat tempat kita tak yah cakap la kan luarannya memang out tapi kat sana bersih dan nampak selesa! Depan hotel siap ada orang jual durian.

Masuk hotel lepak-lepak jap trun bawah nak cari tempat makan. Plan makan dekat area hotel je sebab masing-masing penat so da malas nk terjah mana-mana tempat. Lagipon ktorg ada 5 hari lagi kat Singapore so byk lagi masa nak terjah sana sini. Pusing-pusing masuk satu bangunan ala-ala plaza alam sentral macam tu, ada nampak thai food restaurant tapi serve pork la pulak! Lastly lps pusing-pusing x xde kedai ktorg makan kat reatoran mamak! Mamak kat Singapore totally out! Food and service totally out! 

Dinner malam 1st ktorg g makan kat mall yang area hotel jugak tapi kena berjalan sket. Singapore memang aku puji dari segi disiplin diorang macam nak lintas jalan bagi pejalan kaki diorg tggu lampu hijau and driver kereta kat sana naik kereta x de macam Malaysia macam pelesit kan. Diorg actually kat sana ada had pemanduan sebab tu diorg bawa slow je. Mall yanh ktorg pergi tu quit nice and boleh tahan besar jugak siap ada 1 port ala2 macam one city kat usj puchong. Malam tu ktorg makan kat food court diorang. Kat sana dia separate halal & non halal food. Tray makan pon x sama. Macam-macam kat food court tu ada Chinese food, thai food, Japanese food and etc. So end up aku, mel n lady boss makan ayam penyet. Tekak melayu do! Harga makanan kat board sama macam kat Malaysia contohnya makanan goreng-goreng rm6+ sama kan kat tepat kita tapi ko plus ngan 2.8. So 6sgdx2.8 makanya berganda la harganya! Hahaha


Lepas makan ktorg jalan-jalan tengok ala jakun sket sebab 1st time datang Singapore kan. Siap tapau roti kat bakery lagi. Hahaha. Da penat jalan pusing 1 mall ktorg pon balik hotel. Memang x sabar gler nak balik hotel nak tidur puas-puas. Rehat badan, kaki otak skali. Hadoiii sangat memenatkan but enjoy la sebab dapat tengok lifestyle negara jiran kan.

Ok satle day 1. Masuk hotel tdoq!! Bye

No comments:

Post a Comment