Friday, 15 May 2015

Bersantai with jojesh

Minggu ni rasa asyik melepak je malam-malam. Macam nak relex kan otak sebab duk berserabut ngan kerja kat office. Kebetulan akk aku puasa sunat dia ajak lepak skali ngan officemates dia k.ira and k.wan. aku memang suka melepak ngan diorg sebab macam satu kepala. Makan, gosip, gelak pastu senak perut sebab duk gelak x abis-abis kan.

Orang kata kalau gelak tak hengat dooonia ni bahaya juga sebab abis memory dalam kepala boleh hilang sket2. ini aku tak pasti fakta atau auta. Tapi bagi aku hilang memory kat kepala sebab da release tension sebab time gelak sakan tu la kita boleh lupakan apa yang bersarang dalam kepala kan. Sape sutuju??? Hahaha

So, semalam agak banyak tempat suggestion antaranya house of nasi kerabu kat pkns, laman grill, porperro sek.7 and lastly kat Hayaki seksyen 13 shah alam. Situ macam-macam jugak makanan yang ada. Aku pon actually 1st time pergi padahal asyik duk lalu je tepi tu tak terasa nak menyinggah lepak. Environment dia pon bet juga kalau lepak memalam nak santai-santai.

Disebabkan malam tu diorg berbuka puasa maka diorang pon makan nasi dan aku pon terjebak sama. Diet kelaut! Sebelum makan 'gemuk is awesome' , lepas makan menyesal kesudah! Itu memang akan terjadi pada semua yang berbadan macam aku. Hahaha size tu rahsia. So malam tu aku ngan k.ira makan nasi kukus ayam goreng and akk aku ngan k.wan order nasi ala-ala kak wok tapi aku lupa nama apa.

gambar ehsan page Hayaki (nampak jojesh sangat)

Not bad juga rasa makanan kat situ, diorang lapar-lapar lagi la tak zabarrr nak melantak kan. Aku biasa-biasa je tak la lapar sangat sebab lunch dah makan. Sambil makan sambil gelak-gelak. Topik dan isu yang terkupas malam tu ialah isu office, isu semasa dan isu politik (ni paling havoccc) hahaha.

ni yang iouls makan malam tu "nasi kukus"
ehsan dari google sbb pict iols da delete!

Actually kalu nak cari Hayaki dia sebelah Apartment Acapella seksyen 13 Shah Alam. Dan sebelah nya adalah restoran steamboat D'Kayangan and bertentangannya adalah Tupai-Tupai steamboat. Alhamdulillah sangat berbaloi makan dan lepak kat Hayaki.



No comments:

Post a Comment