Hello peeps.
Weekend ni kepala aku ligat sket. Otak fikir nak jalan dan merayap je kerjanya. Bila orang cakap mula la jawab ala muda-muda la nak enjoy puas-puas. Enjoy aku tak de la teruk sangat setakat tengok movie, lepak mamak sampai tengah malam tak pon pergi jalan-jalan. Still considered la kan.
Weekend ni aku jadi baik sket sebab malas nak keluar merayap. Kehkehkeh. Tapi tetap keluar sebab teringin nak makan dim sum. Kat shah alam ni yang aku tau paling dekat kat Restaurant Mohd Chan, Chinese Muslim Section 15. Aku pernah makan kat restaurant dalam Sogo level atas ada chinese restaurant. Situ memang sedap dan pelbagai dim sum, dumpling and bla bla tambah-tambah boss plak belanja time tu memang sedap la kan.
Mohd Chan punya menu pon banyak. Ktorg order dim sum 9 ketoi, nasi and Kong Boh chicken and wantan mee with roasted chicken akk aku punya. Kong Boh aku suka sebab dia macam Kam Heong sket. Dia rasa kicap pekat dan manis-manis. i loike!
Personally, makanan dia ok tapi dim sum tu tak memuaskan hati beta yang tengah mengidam ini. Huhuhu. Nasi aku tu ok la juga but wantan mee as I know ia agak muak. Kehkehkeh sebab tu aku awal-awal tak nak order even aku penggemar segala jenis mee. Ok ok laa. (Nora bagi tiga bintang setengah). Krik krik krik.
Bye!
No comments:
Post a Comment