Sunday, 31 May 2015

Redah & Terjah

Weekend?? Hurmmm sabtu seharian rest kat rumah. Tiba hari ahad da mula rasa bosan. Tiba-tiba geng call ajak p port Dickson. Aku kalau bab jalan on je tambahan pulak ngah bosan tak buat pape.
Ktorg gerak after zohor sebab g pd dlm 45 minit ke sejam macam tu je. So aku volunteer ambil siti ngan adik dia kat usj. Siap2 zasss trus redah je. Nasib jalan clear je and jalan menghala ke kl agak jem biasa la hari ahad y balik kampung da start balik da.

Sampai je pd pusing-pusing cari port yang ada jual pisang goreng panas ngan air kelapa. Memandangkan aku breakfast main2 je makan perut pon da agak berkeroncong. Seriously pisang goreng kat sana sangat sadis. Ya Allah aku tengok pon hilang selera mengidam nak makan tapi beli la juga 2 3 ringgit. Y lain beli keropok, cucuk2 and bla2 and yang penting aor kelapa, wajib!

Actually ad 2 3 port yang boleh lepak tapi ktorg pilih yang tak crowded sangat and yang jauh sket dari mat mat rempit. Bising gler kot diorang ni. Da la kat jalan pon diorang jadi raja, kat tempat orang nak rehat2 manja pon nak memekak jugak!! Haaa kan da membebel da. Geram ya amat! Siap ada kereta hon hon diorang kat jalan padan muka. Hahaha tu la nk tunjuk raja sangat kat jalan kan. Hambikk kau!!

Lepas lepak makan bagai dalam kul 4 lebih ktorg ingat nak ronda-ronda pantai Teluk Kemang skali bila lalu tepi laut tu nampak ada jambatan baru ala-ala dalam cerita cinta kolesterol. Apa lagi terjah la. Masalahnya ktorg tak jugak jumpa jalan masuk. 3 4 kali kot pusing tempat sama. Lastly nampak ada laluan kecil masuk ke tempat tu. Punya la menggigih cari serius lansung tak patah semangat aku. Yela alang-alang da sampai and oke jugak la tempat tu nak snappy selfie bagai. Alhamdulillah excited gler bila sampai.

Ni belanja sket.

kiri : me, mira & siti
nak jugak!!

Syok gler dapat relex and released tension tengok laut. Macam main-main je pergi sana. Yela bayangkan ktorg sempat solat asar kat usj. Kotang rasa brp lama ktorg melepak kat sana? Hahaha short trip bit a lot of happiness. I loike jahhh.
Sekian, aku da nak lelap!
Assalamualaikum ;)

Saturday, 30 May 2015

Penang Day 4

Day 4 (27 April 2015)

my breakie!
kita upload dia jela! hahaha

Breakfast, makanan kat sini out betul. (nora bagi 2 **) hahaha
Actually pagi tu aku da tak sdp badan. So agak bermalasan sedikit.
Then terus naik atas. Plan nak berendam kat pool lagi tapi semua kemalasan.
Lepak-lepak blik mandi kemas barang semua.


Love this!




Before check out selfie mcm superman da!
Call service ambil bags n check out.
Alhamdulillah semua dipermudahkan walau ada la kes2 dalaman sket.
Gediks!!

Bye bye, miss penang, miss my friends!
Till we meet again ya! i love Penang :) muah ciked

Penang Day 3

Day 3 (26 April 2015)



sempat aje!! hahaha




Mandi pool lepas breakfast smpai kul 11 lbh.
Siap2 pergi lunch nasi kandaq beratur.


Alhamdulillah belum ramai, lps makan baru ramai yang beratuq! kihkihkih
Nasi ayam, sotong, kuah campuq rm9 lebih. Worth it!!
Panas gler mkn n jln kaki ke kereta
Next, bukit bendera around 3 pm.



yang ni memang over!! hahaha
dia je memang win!
Actually, banyak gambar yang terdelete dalam fon member aku.
Cuaca ok2 la masa kat atas sana tapi macam nak hujan pon ya.
Huwarghhh!!
X sempat jalan-jalan smua sbb nk ujan,
Cable car pon tak sempat nak naik.
Sempat jugak singgah minum kat cafe ape tah (tapi ada isu bab ni)! hahaha

we ols
Then balik hotel rest jap before dinner
Mkn kat ala2 food court dpn hotel ape tah
nk mkn char kuew teuw famous tutup plak
Sembang imbau kenangan lama smpai ujan renyai pndah dlm
Sambung lepak mamak.
Mamak sgt x best, sunyi ko gler lepak mamak x de feel tpi ktorg buat hal sndri gelak mcm hantu
Smpai kul 12 jg la kot.


Then balik tdoq!! byezz

Wednesday, 27 May 2015

Uncle K

Rasa macam dah lama tak melepak ngan my gonjeng k.azie. sekarang umur pon lagi 5 taun nak masuk 30 series da tak berapa teringin nak tengok movie atau melepak selalu. Rasa fefeeling lepas kerja nak balik rehat dan focus untuk alam seterusnya plak. Kadang terfikir dengan amalan tak seberapa ni bertambah plak duk bergosip je kerjanya hari-hari lagi la berlonggok amalan bahu kiri. 

So bila da lama tak dating ngan bff ni tiba-tiba kak gonjeng ni ajak lepak santai2 petang lepas kerja so aku pon kebetulan x watpe so on jela. So weols pergi Paradigm mall kat kelana jaya. Actually sana aku suka pergi sebab nak makan oyster king. Kadang lama tak makan mengidam jugak. Tapi ari ni x de plak aku rasa nak makan.

Firstly ingat nak lepak kat dalam mall je ledai makan dia boleh tahan banyak la jugak tapi kalau lepak-lepak santai best open air. So we decided lepak kat Uncle K. Agak ramai bahagian luar sebab ramai yang smoke. So ktorg lepak kat tgh2 je.

penampakan seketol ayam yang yummyeh itu! hihihi

Aku order Sizzling Chicken Grill & dia k.azie plak order Creamy Carbonara. Seriously makanan dia sedap. Patut la ramai orang kat Uncle K. Ayam dia moist dan carbonara dia pekat dan berkrim. Actually that's my favourite tapi sebab aku tak terasa nak makan so k.azie yang order.

Satisfied! Next time boleh lepak santai kat sana lagi. Hooyeh!

TAKO!!

Tako Tako Takoyaki!

Menu lunch bila otak da blur tak tau nak makan apa.


Takoyaki Nacho Cheese :) Yummyehhh

Sunday, 24 May 2015

Penang Day 2

Day 2 (25 April 2015)

Bangun-bangun je Sara duk sebok kat dapur duk masak. hihihi
Breakfast nasi goreng seafood! Isteri solehah betul sara ni. Rajin!
Lepas breakfast siap-siap terus kluar rumah.
Tggu oun area pelabuhan.
Nek ferry, byr rm7 tak silap aku.


Plan nak nek merasa nek ferry dan nek Penang Bridge.
Ktorg punta dapat turn ke2. So memang sempat la nak ber"selfie"!
Masuk dalam tu pon selfie lagi!


Then pergi ke destinasi pertama.
Wall Street art. Famous nau nau sekarang ya!
Panas lip lip oi.
Tapi sempat je duk selfie sana sini.
Siap uncle kedai tu offer nak jadi photographer ktorg! haha





hakak manis :) kikiki
me & k.azie

me & sonata a.k.a k.wawa
tuan tanah lagi..
Panas lip lip pon x pe janji merasa nek basikal kat town Penang ni. hahaha
Basikal rm16.00 utk 2 seat, jimat and worth it.
Tengok peta, pusing semua!!
Rasanya dalm 30 wall painting, tapi tak semua yang ada maybe 4 5 wall da tak de.



Next.... 3d Art Museum






Harga masuk Rm15 per person tak silap aku.
Sara kat luar sebab anak dia nak tidur.
Da abis jelajah dalam muzium tu ktorg trus mengayuh basikal dibawah matahari lip lip.
Berpatah balik 1 town sebab nak kena pulangkan basikal kat amoi tokey kedai.
Kat kedai tu ada jual t-shirt and kualiti dia sangat-sangat ok dan berbaloi.
Aku sempat rembat 2 3 helai utk kembar sekali.
Masa sampai kat kereta,
Dapat pulak surat cinta dari MPPP. Oun cuak tapi ktorg slumber je mls nk bayar! hahaha
Da penat pusing & kayuh basikal tengah-tengah panas perut pon lapar gler!
Ktorg plan makan simple-simple je sebab malam nk kuar makan lagi.


Ktorg lepak kat Pantai Shamrock mkn laksa n char kuew teuw.
Actually, tak la jauh sangat ngan hotel ktorg.
Msa otw ke Pantai Shamrock lalu kat depan hotel.
Check in kul 6, Ktorg da book awal kat Rainbow Paradise hotel, Tanjung Bungah.
Bersebelahan dengan Flaminggo Hotel.


Kemain lagi ribut berangin bagai, da la tepi laut memang melayang-layang la.
Ktorg siap-siap iron baju untuk dinner.
Special Celebration birthday k.azie actually.
Ktorg booked  Puncak Mutiara Cafe(PMC), Kg Pelet, Penanti-Penang for dinner.
Kat sini ada steamboat so sesuai makan ramai-ramai macam ni.
Special nya sebab siap ada nyanyi, ucapan dari staff restoran tersebut.
Terkedu jugak. hahaha


Oun, Wawa (sonata), azie, sara, me & shika

Karok shika belanja, aku siap lena lagi sbb x mnt sangat.
Balik tgh2 mlm alhamdulillah x sesat balik oi. Walaupon tempat agak seram (bak kata sara tapi ktorg relex je) hahaha.
So balik konon nak makan maggi panas-panas kat balkoni sekali haroom katil memanggil-manggil.
Sempat la bergosip sket-sket. hahaha

Bubye, next sambungan tak tau bila!

Mek

Hello Hello!!

Aku hujung minggu memang sebok duk pikior nak makan apa. Memang hari-hari makan dan aku kaki makan tapi kalu weekend dia punya nafsu makan tu over sket. Yela kalau weekday abis-abis mihun goreng, mee celup makan nasi ngan lauk. Muak bukan?? Sangat! Tapi bersyukur tetap kena bersyukur da rezeki kita kan. Alhamdulillah.

Hari ni mood bangun awal pagi sebabnya nafsu makan duk bisik nak makan nasi kerabu kedai mek. Siapa duk shah alam suka makanan kelantan aku syorkan pergi makan sana. Alhamdulillah selera ngan tekak aku sangat boleh terima.

Kedai mek ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi putih ayam gulai, mee dan seangkatan dengannya. So far aku bawa kengkawan belum ada lagi yang kecewa. Hahaha

sungguh mengancam nasi kerabu mek!!


Nampak! Sepinggan nasi kerabu biru berlaukkan ayam masak merah. Marvelous oke.
Sekian, perut kenyang manyak senang hati maaa :)

Saturday, 23 May 2015

Restaurant Mohd Chan, Chinese Muslim

Hello peeps.

Weekend ni kepala aku ligat sket. Otak fikir nak jalan dan merayap je kerjanya. Bila orang cakap mula la jawab ala muda-muda la nak enjoy puas-puas. Enjoy aku tak de la teruk sangat setakat tengok movie, lepak mamak sampai tengah malam tak pon pergi jalan-jalan. Still considered la kan.

Weekend ni aku jadi baik sket sebab malas nak keluar merayap. Kehkehkeh. Tapi tetap keluar sebab teringin nak makan dim sum. Kat shah alam ni yang aku tau paling dekat kat Restaurant Mohd Chan, Chinese Muslim Section 15. Aku pernah makan kat restaurant dalam Sogo level atas ada chinese restaurant. Situ memang sedap dan pelbagai dim sum, dumpling and bla bla tambah-tambah boss plak belanja time tu memang sedap la kan.



Mohd Chan punya menu pon banyak. Ktorg order dim sum 9 ketoi, nasi and Kong Boh chicken and wantan mee with roasted chicken akk aku punya. Kong Boh aku suka sebab dia macam Kam Heong sket. Dia rasa kicap pekat dan manis-manis. i loike!

Personally, makanan dia ok tapi dim sum tu tak memuaskan hati beta yang tengah mengidam ini. Huhuhu. Nasi aku tu ok la juga but wantan mee as I know ia agak muak. Kehkehkeh sebab tu aku awal-awal tak nak order even aku penggemar segala jenis mee. Ok ok laa. (Nora bagi tiga bintang setengah). Krik krik krik.

Bye!