Monday, 29 December 2014

Sabtu yang memenatkan

Assalamualaikum,


Tajuk tak nak kalah kan. Lantak lah ape pon janji ber'title' kan uols! haha. Weekend macam biasa lah hari merayap, hari membuang masa dengan sewenang-wenangnya, hari menikmati makanan yang enak-enak gtuuu dan bermacam-macam lagi lah. 

So weekend aku kali ni p merayap di Kenanga Wholesale. P merayang sambil melabur pada peniaga-peniaga kat sana. hahaha. Barang-barang kat sana boleh tahan banyak nya, naik lenguh juga kaki turun naik even guna escalator kan. bertingkat- ting kat, x silap aku la ad 9 tingkat kot tapi yang ke-9 tu parking la. hahaha. kat sana beli borong tersangatlah bgus. Tapi kalau macam aku nk beli satu-satu mahal sket la tapi masih mampu milik. Pergi sana 2 3 ratus tu macam-macam benda boleh dapat. Kalau pergi standard mall 300 tolak makan-makan bagai blh beli baju 2 3 helai da tu je.

Da penat-penat merayap dalam tu da beli apa yang aku nak maka eloklah keluar sebelum lumpuh kaki ni.. hahaha :) Masuk cerah lagi langit, keluar je da gelap. Nampak tak ketidak sedaran (ayat bm tunggang-langgang hahaha) bila masuk ke dalam Kenanga Wholesale.

Next project is melantak! da setengah hari merayap dalam tu badan pon da lemah longlai so decide nk makan ape untuk malam plak.


Chim Chum for our dinner. 1st time makan dia ala-ala seoul garden gtuuu.. tapi ni homemade oke! Chim Chum ni famous kat thailand. So da berkawan ngan geng-geng yang bersaudara ngan orang thai ni moh le kita suh depa-depa ni masak untuk kita.. yeehaaa!! Senang gler kot nak buat, prepare benda-benda ni lebih kurang setengah jam je! then!! ngapppp time :) HAPPY TUMMY. Thank you gengs! muah ciked sebab sudi memasak untuk kami. Next time ajak makan lagi tau. hahahaha :) 

Sekian sahaja cerita di hujung minggu ku :)

Dah, p sambung kerja yang melambak!! bye semua

No comments:

Post a Comment