Monday, 29 December 2014

Keep Praying For Airbus A320 AirAsia QZ 8501

Assalamualaikum,



Ujian demi ujian yang Tuhan turunkan pada kita dalam tempoh setahun ni. Tahun 2014 tahun yang banyak peristiwa besar. Bermula dengan MH370 yang masih tertanya-tanya kemana dan dimana, MH17 yang 'crash' di Ukraine, banjir besar di Pantai Timur umpama Tsunami melanda, dan yang terbaru Airbus A320 AirAsia QZ 8501.







hasil dari mr.google

For MH370 : Ya Allah, andai ada dilangit, Kau turunkanlah. Andai ada dilaut, Kau timbulkanlah. Andai didarat, Kau temukanlah.

For MH17 : Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah untuk mangsa nahas. RIP for non-muslims.

For Airbus A320 AirAsia QZ 8501 : Keep Praying for them.

Dan doakan juga untuk semua mangsa banjir yang kehilangan ahli keluarga, kemusnahan harta benda dan juga atas ujian yang di berikan.. Semoga tabah menghadapi.


Wassalam :)

Sabtu yang memenatkan

Assalamualaikum,


Tajuk tak nak kalah kan. Lantak lah ape pon janji ber'title' kan uols! haha. Weekend macam biasa lah hari merayap, hari membuang masa dengan sewenang-wenangnya, hari menikmati makanan yang enak-enak gtuuu dan bermacam-macam lagi lah. 

So weekend aku kali ni p merayap di Kenanga Wholesale. P merayang sambil melabur pada peniaga-peniaga kat sana. hahaha. Barang-barang kat sana boleh tahan banyak nya, naik lenguh juga kaki turun naik even guna escalator kan. bertingkat- ting kat, x silap aku la ad 9 tingkat kot tapi yang ke-9 tu parking la. hahaha. kat sana beli borong tersangatlah bgus. Tapi kalau macam aku nk beli satu-satu mahal sket la tapi masih mampu milik. Pergi sana 2 3 ratus tu macam-macam benda boleh dapat. Kalau pergi standard mall 300 tolak makan-makan bagai blh beli baju 2 3 helai da tu je.

Da penat-penat merayap dalam tu da beli apa yang aku nak maka eloklah keluar sebelum lumpuh kaki ni.. hahaha :) Masuk cerah lagi langit, keluar je da gelap. Nampak tak ketidak sedaran (ayat bm tunggang-langgang hahaha) bila masuk ke dalam Kenanga Wholesale.

Next project is melantak! da setengah hari merayap dalam tu badan pon da lemah longlai so decide nk makan ape untuk malam plak.


Chim Chum for our dinner. 1st time makan dia ala-ala seoul garden gtuuu.. tapi ni homemade oke! Chim Chum ni famous kat thailand. So da berkawan ngan geng-geng yang bersaudara ngan orang thai ni moh le kita suh depa-depa ni masak untuk kita.. yeehaaa!! Senang gler kot nak buat, prepare benda-benda ni lebih kurang setengah jam je! then!! ngapppp time :) HAPPY TUMMY. Thank you gengs! muah ciked sebab sudi memasak untuk kami. Next time ajak makan lagi tau. hahahaha :) 

Sekian sahaja cerita di hujung minggu ku :)

Dah, p sambung kerja yang melambak!! bye semua

Pray For Pantai Timur

Assalamualaikum,


Memandangkan sekarang Pantai Timur diuji dengan banjir lumpur yang tersangatlah teruk maka sama-sama lah kita doakan kesejahteraan dan keselamatan mereka di sana. Kemusnahan yang berlaku tidak setanding dengan kehilanagn nyawa ahli keluarga. Desas-desus menagatkan ramai juga yang terkorban banjir pada tahun ni.. MasyAllah Tuhan sedang menguji hamba-hambanya. Sama-sama lah kita doakan.




Sama-samalah kita berdoa agar Pantai Timur dipulihkan seperti sediakala.

"Pray For Pantai Timur"

Monday, 22 December 2014

10 tahun yang lalu

10 tahun yang lalu,
Ku rasakan belum cukup untuk ku menilai erti itu,
Dulu kurasakan kau cukup bermakna,
Rupanya terlalu banyak bezanya kau dan aku,
Satu per satu yang kelihatan,
Mungkin sejak beberapa tahun yang lalu kita jarang bersua muka dan menghabiskan masa bersama,
Ku rasakan perbezaan yang buat aku rimas,
Betul pepatah berkata,
Semakin lama kita kenal seseorang,
Semakin banyak yang kita tak tahu tentangnya,
Mungkin semalam kurasakan ketenangan bila bercakap, meluah dan bergelak ketawa,
Tapi hari ini,
Aku mula merasakan ketidakserasian antara kita,
Mungkin gayamu tidak dengan gayaku,
Mungkin rentakmu tidak dengan rentakku,
Mungkin hidupmu tidak dengan hidupku,
Mungkin esok aku perlahan-lahan jauhkan kau,
Mungkin kau dapat rasakan apa yang kurasa,
Ya mungkin,
Tapi mungkin tidak,
Ada ketikanya kau datang buatku senang,
Ada ketikanya kau datang bawaku lemas,
Ada ketikanya kau datang hanya melukai,
Mungkin aku tak sedar apa yang aku lakukan,
Mungkin kau terluka,
Atau kau hanya menutup mata membutakan hati,
Bukan kupinta kau hadir membawakan sinar,
Tetapi cukup untuk menenangkan,
Kau bercakap tanpa berfikir hatiku,
Kau bercakap tanpa fikir entah betul entahkan tidak,
Hanya semburan merapu kau lontarkan,
Aku benci dengan bongkahmu,
Aku benci dengan lagakmu,
Aku rimas dengan gayamu,
Kali ni,
Mungkin aku betul-betul rimas,
Mungkin aku akan lepaskan kau secara perlahan,
Tanpa kau sedari akan kehilanganku,
Agar kau bisa mengerti erti kehilangan,
Agar kau bisa melihat cermin yang memantul,
Agar aku diberi peluang untuk menilai diriku, hidupku, jiwaku dan kasih ku,
Pada siapa aku meminta,
Tentu bersebab,
Pada siapa ku meluah,
Tentu bersebab,
Pada siapa ku merintih dikasih,
Tentu bersebab,
Hanya Tuhan yang mengerti,
Hati kita mungkin berbeza,
Teruskan hidupmu dengan gayamu,
Teruskan hidupmu dengan rentak iramamu,
Agar kau tak lagi hadir untuk hidupmu,
Aku sanggup berdiam diri tanpa kata,
Mungkin  ini yang terbaik,
Demi kau aku dan mereka,
Aku lemah untuk semua ini,
Cukuplah untuk kali ini,
Pergi lah untuk yang lain,
Mungkin bukan untukku,


Terima kasih untuk 10 tahun yang lalu.
Dari insan kerdil.

Saturday, 20 December 2014

Piala AFF Suzuki 2014

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah HARIMAU MALAYA

Agak-agak korang score berapa?? Thailand main laju je masa lawan kat tempat diorg. Kali ni Malaysia semangat sket sbb main kat tempat sendiri. Ayuh abang-abang harimau malaya!! Mengaum lah malam ni kasi rembat piala! Malam ni semangat lebih slet tgk bola even kat umah. Ada geng katakan! Hahahaha
Yok laungkan semangat awal-awal mana tau tuah ditangan kita malam ni..

Chow Chow!!

Selamat berhujung minggu

Pagi semua!!

Tdoq lagi ka?? Da jadi kebiasaan bangun g krja pepagi x leh nk tidur lelama mcm time study dulu.. dulu matahari terpacak pon mcm bulan je kat langit. Paham tak istilah pelik yang aku cipta sendiri ni?? Hahaha maksudnya tak sedar pon da terang benderang kat luar.. mata cam berat je nk buka kan. Malam-malam lepak ngan kengkawan tak sedar diri. Tapi depends la sekarang pon kalau tgh2 malam duk melepak smpai ke pagi tu terlajak ler jugak tdo.. Weekend je blh tidur sesuka hati sesuka masa hang!!

Oke geng! Yok breakfast dulu :)


Friday, 12 December 2014

siblings date

hye korang semua!

Ini kisah semalam punya! tetapi disebabkan ketidak laratan kemalasan untuk update (eh bahasa melayu hancus betul) so hari ni la kita mencuri sedikit masa untuk di update kan.. kikiki

Semalam negeri selangor je cuti so mula-mula nk lepak2 santai je kat umah sebab macam malas nk kuar.. sekali macam bosan plak melangok je kan! so ajak ler kakak p melepak kat paradigm mall. cuci-cuci mata petik 1 2 barang. jarang-jarang melabur x de salahnya la kan.. hahaha..

Sales sekarang boleh tahan sebab Christmas kan. Nanti sales New Year plak! (eh, da nak masuk 2015 ke?) cepat kan masa. kita-kita pon dah nk tua da! erkkk, sensitip ok perkataan TUA tu. Terimalah kenyataan kan, nyampah!! hahahaha

Jalan da penat da (padahal baru setengah jam) hahaha. akk aku memang menyampah kalau kuar ngan aku lagi-lagi bab merayap kat mall ke pasar malam ke pasar siang buta ke! aku memang pemalas sket nk pusing-pusing unless aku memang nak beli something. Amal kan lah perangai buruk tu nanti ko nak g beli barang x de sape yang kuasa nk melayan! eh sentap plak. hahahaha

oke! lapor da perut den ni. Jom terjah

Thursday, 11 December 2014

Harimau mengaum

Goallllllll.. yeahhh!!
Congratulations pasukan harimau malaya kalahkan tuan rumah Vietnam :) 4-2 bebeh!!
Jangan ada pulak kes balas dendam pukul2 rakyat malaysia! Bhahahaha..

Sekian!

Ujian

Selamat bercuti rakyat jelata selangor!

So, ape plan semua? (Utk rakyat selangor je oke!).. haha yang len sila kerja ikut rutin anda! Boss, birthday saya nanti office kita off ea boss! Gler meroyan boss jeling2 je! Ko egt ko anak raja nk cuti time birthday kau!! Hahaha

Actually x de la nk sembang pasal cuti pon. Nk cite sket pasal duniawi.. haha. Sebenarnya Kadang-kadang aku terfikir besar betul dugaan dan cabaran hidup aku ni.. tapi lelama rasa macam kita kena bersyukur yang ada lagi hamba Allah yang lagi berat bebanan mereka. Mungkin kita rasa nape aku x bahagia macam diorg ea? Nape aku x sekaya diorg ea? Nape aku x secantik diorg ea? Ad x korang terfikir benda ni semua?? Confirm mesti ada kan kan kan?? Aku rasa tu lumrah hidup la sebenarnya.

Ujian tu datang untuk hamba yang dipilih olehNya sahaja. Mungkin Tuhan nak uji tahap kesabaran kita, uji keimanan kita, uji redha x kita dengan dugaan yang Dia bagi. Kadang-kadang sakit sket da membebel-bebel apehal kena teruk sampai macam ni skali la, nape Tuhan asyik bagi ujian je. Nampak x kat situ kita x bersyukur?? X yah ckp org aku sendiri pon sama je! Tapi bila da besar panjang ni pandai da sket fikir redha dengan ujian nescaya tenang jiwamu..

So, moral of the story aku malam ni. Kita sama-sama bersyukur, redha, sabar dan kuatkan semangat dengan segala yang Tuhan berikan pada  kita. Ujian ke, kebahagiaan ke, kekayaan ke, sakit sekali pon. Tuhan kan 1 je.. dia bagi dia jugak lah yang bagi kita semangat!

Wallahua'lam :)
Ok jom tdo! Esok cuti.. kroh kroh

Sunday, 7 December 2014

Hari berkasih sayang

Heeii Heii Heii,

Rasanya da lama sangat aku x jmp bestie aku sorang ni.. sorang outstation sorang meroyan kat office!! Maklumla da ad hala tuju masing-masing kan. So ari ni decide nk jmp jugak walau ape halangan rintangan sekali pon.. lps dia abis kickboxing n aku abis game after maghrib kitaorg jumpa..
Ni satu hal kalau nk kluar makan. Masing-masing blur x tau nk makan mana. Weekend atau weekday penyakit ni sama je.. last kitorg decide makan kat suraya kg.baru je. Sana hari-hari manusia padat je kat kedai dia.. smpai setengah jam ktorg tggu meja..

Sini makan aku bagi 3.5/5 la.. makanan panas out! Pulut mangga, kerabu maggie, somtam, rojak buah, kerang bakar dan yang paling famous kat suraya ni celup-celup. Aku makan maggie celup dan mmber aku makan bubur berlauk and somtam. Lps je makan trus chow sbb kesian tengok org lain berdiri tggu kita.. actually ak pantang bila makan org duk tggu kita habis.. x feel lansung tau!! Tapi da pergi tempat crowded macam ni kerna terpaksa aku relakan jela.

maggi celup :) sluurrpp
After that, trus ke bukit ampang konon nk nengok view kl dri atas bukit. Sampai je sana hujan renyai.. tapi smua mcm selamba je duk makan ngan minum.. ktorg po join jela.. buat-buat kebal. Demam nnt baru padan ngan muka!! Haha.. kat sana lepak smbil meluah perasaan je. Oke la tapi klu selalu nk kesana memang tak la kan.. 

Skali masa otw balik 'member' kpd member aku cter yang pernah ada kes kat sana.. budak perempuan kena kepong ngan geng2 mat motor skali jadi lauk budak tu.. alahai berdiri bulu ketiak aku dgr!! Nasib dia cter masa ktorg da trun.. klu x mmg x kan naik la awal awal tadi.. so moral of the story is jgn berani2 ke tempat gelap tanpa lelaki.. aku xpe ad kawan kickboxing!! Skali dia tunjal dahi mau cabut semua lelaki.. hahaha.. 

Oke selamat beradu teman! Good night Assalamualaikum :)


Saturday, 6 December 2014

Weekend yang aman!

Happy weekend korang!!

Hari memanjakan diri lepas bertungkus lumus kat office. Lepak lepak rumah je kasi otak fresh balik..

Tak tau nk update ape sebenarnya, ini kisah slh sorang sahabat aku ( eh macam ramai pulak sahabat aku! Hahaha).. she told me that dia selesa sangat bila meluahkan perasaan ke mengadu pape ke.. yela da namanya sahabat kan so kena la bagi telinga ngan bahu untuk sahabat kita!! Kan? Maksud dia x kekok la berbanding ngan orang lain.. nak tau sebab ape dia jd x kekok ngan aku?? Sebabnya aku pernah tengok dia menangis, pernah ada sewaktu susah senang jatuh bangunnya dia!! Ya Allah, kadang kadang kita x tau yang orang betul-betul appreciate ape yang kita buat selama ni.. huhu terharu pulak mak enon bila awak cakap macam tu!

Ni nak bebel sket!! Hidup kita ni Kadang-kadang ada pasang surut.. bila kita happy kita kongsi,bila kita sedih kita kongsi, supaya meroyan kita tu x berpanjangan hehehe.. tak yah nk ckp yang korang hebat mampu berdiri tanpa kawan sangat! Suatu hari mesti korang akan rasa lonely gler!! Pendam pendam lelama meletop baru gila dibuatnya!! Haha, macam aku, aku suka berkawan ngan semua! So bila aku meroyan sedih ke happy ke ape ke aku boleh share ngan semua kengkawan aku.. baru lah enjoy!!

So penutup nye, korang pergi la cari kawan-kawan korang bukan biarkan kawan-kawan korang rindu x bersambut plak kat korang!! Hahaha

Bye!

Friday, 5 December 2014

kelebihan teh hijau a.k.a green tea

Salam adik manis :)


Tahukah anda Penduduk dunia yang paling panjang umur ditemui berada di pulau Okinawa, Jepun. Di Okinawa, didapati 28.6 per 100,000 penduduknya berusia melebihi usia 100 tahun. Lebih ajaib amat jarang penduduknya dijangkiti penyakit kanser, sakit jantung dan Alzheimer. Apakah rahsia mereka? Jawapannya : Antara minuman asasi mereka di panggil ‘ocha’. Apa ‘bende’ tu? Itulah TEH HIJAU

Disebabkan aku duk meroyan buat keja kat office ni kita kasi relex dulu.. ni tips untuk kurangkan stress kat office, rumah ke mana-mana saja la kan yang menyebabkan kita rasa stress gler.. tips nye adalah, p dapur buat green tea. ala senang je letak air panas then letak je uncang tu.. *kalau malas jugak sila abaikan tips ni! ahaha

Mula-mula dulu x de la aku perasan sangat yang green tea ni boleh release tension. tapi lama-lama aku duk amalkan minum ni baru la perasan sket-sket. kalu x percaya cuba korang minum. aku minum dalam 4 5 gelas green tea 1 hari.. pastu mula la keluar masuk toilet je. haha 

Actually green tea ni banyak kelebihan dia. Pakej untuk awet muda lagi tau :) *x yah botox oke!




So, sila sila la mencuba ye adik abang kakak makcik n pak cik sekalian :) 

sedih mak!!

Hi reader, (gler nk omputih plak) haha

Actually semenjak dua menjak ni aku x keruan dek kesibukan kat ofis.. maklum la geng lg sorang already delivered.. so semua keja kami berdua selama ni aku le sensorang meroyan buat.. tapi x kan la sebab keja ko x nak bersalin kan! haha x pasal pasal anak tu lemas kat dalam perut tu..

So, kengkawan yang lama x jumpa pon sentap sentap manja cakap x rindu dia la da x sayang dia la ape la mak nenek bagai.. so sorry oke sweetie2 sekalian.. bila da reda sket keja ni aku elo elo korang oke! (tapi bila nak abis keja ni!! huaaaa)..

oke la, aku nk sambung keja balik! dah x yah nk sentap sangat oke korang korang! aku meroyan nnt.. haha

bye bye :)

nk jugak!

Assalamualaikum,

Yeah da ada blog sendiri!! walhal ko da ketinggalan berabad lama da.. hahaha, btw lantak la ketinggalan ke ape ke kan kita enjoy je diri sendiri..

Actually aku ni bukan la rajin sangat nk post2 idea pon kering je.. Tapi bila da bosan mula lah mencari sesuatu yang boleh aku buat!

Bab-bab stalk blog orang urmmpp memang kasi kat aku la! dr intro sampai la kesudahnya.. hahaha


Harap sudi le korang baca blog yang meroyan ni ye!! peace