Assalamualaikum,
Entry ni bukan nak promosi atau melariskan atau cari pelanggan tapi saja2 nak share ngan uols tentang produk yang senang lagi cepat untuk digunakan. Ape salahnya kan share benda-benda baik kat semua kan. Korang pernah dengar tak Tepung Pak Long? Mesti ramai tak tau! Hahaha sebab aku pon baru tau sejak blik kampung baru-baru ni.
ni le rhupenya Tepung Pak long itew :) |
Tepung Pak Long ni mama aku kata dia beli kat Pasaraya Pantai Timur. So siapa-siapa yang nak cuba boleh la pergi cari ya. Yang aku pernah guna dan makan tepung tempura & tepung pak long yang standard tu (lupa apa nama tepung tu). Seriously memang sedap dan rangup. Tepung ni special untuk makanan goreng tepung macam ikan, sotong, udang celup tepung, ketam ke or what ever la. Kalau belah-belah Pantai Timur memang famous makanan celup tepung ni especially kat Terengganu! (of course promote negeri sendiri kan! Haha).
ni hasil air tangan mama aku :) rangup gitu! dap dap |
Mama aku siap beli lebih untuk aku bawa balik shah alam lagi. Nampak tak mak mana tak sayang anak oiii. Hihihi ;) Yang aku suka satunya sebab senang gler nak guna. Just masukkan tepung dalam pinggan 1 (tepung kering sahaja), 1 lagi bancuh ngan air and then cara nak masak adalah.... celup ikan utau apa-apa makanan laut yang uols da bersihkan tu ke dalam tepung yang dibancuh then angkat n golek-golekkan ikan tersebut dalam tepung kering tadi.. and lastly gorengkan. Nampak tak betapa senang dan cepatnya proses. Da siap goreng hidang dalam pinggan and serve for ur lovely gonjeng! Hahaha..
ni hasil air tangan anak dara mama! tetap jojesh ikan dan udang itew!! haha |
Seriously hasilnya memang letops habis. Rangup bak serbuk pisang goreng yang masih panas. Awwww! Dap dap dap ;) uols should try ok. Sepupu aku pon da berjaya dipengaruhi oleh aku! hahaha :p Nama sempoi ja, TEPUNG PAK LONG. Sekali time lapar goreng udang besar lagi fresh ngan tepung ni perghhhh memang terbeliak mata uols! Hahaha over nampak!
Orite sekian sahaja review yang tak seberapa dari pemakan dan penulis yang jojesh!! happy trying eberibadi ;)
No comments:
Post a Comment