Friday, 25 December 2015

Pengalaman yang paling perit

19 December 2015

1st time aku lalui pengalaman bersama insan yang ku rasakan seperti bapa sendiri yang pergi mengadap illahi. 2 petang kami tiba di hospital selayang. Jumpa pak cik kat wad 7B dan agak mengejutkan aku bila badannya terlalu kurus seperti tidak terurus. Mungkin disebabkan oleh daya tahan tubuhnya semakin lemah. Pak cik da terlalu lemah katanya. Aku masih sempat bersembang beberapa hal seperti biasa namun tidak serancak selalu.

K.azie turun ke cafe membeli kopi kegemaran. Dalam lemah masih sempat pak cik bergurau. Dalam lemah pak cik sempat memberi nasihat tentang kesihatan. Diulang berkali-kali seakan mengetahui nasihat terakhir. Wajah pak cik tersenyum dapat menghirup kopi panas. Aku nampak nafasnya pendek. Seakan bidadari disebelahnya bila k.azie ada bersembang dengan pak cik. Di urut urutkan badan pak cik seperti biasa. Masih ada gelak tawa pak cik bila bersembang tapi tidak serancak seperti selalu. 

Ayen try kopi ni. Kow! Aku try kopi kegemaran pak cik. Sedap! Hari ni agak sepi berbanding sebelum nya. Bila pak cik da mengah pak cik tunduk kat bantal. Lepas mak cik suapkan bubur 2 3 suap pak cik rehat. Muka pak cik nampak penat sangat. Nafas turun naik sgt perlahan.

Dalam 4 lebih nurse check darah n heart beat pak cik kalau2 dapat buat dialisis sebab semalam masih rendah dalam 75 je. Bila da check, nurse cakap da blh buat sebab da naik ke 114. Nurse satle kan ape y patot sebab pak cik kena duk atas katil dan akan ditolak ke wad 7A di wad dialisis. Sampai je sana, kami tunggu kat luar semasa nurse set up kan alat dialisis tu. Dialisis darah memakan masa selama 4 jam.Then kami trus masuk bila da siap semua. Nampak pak cik rehat je atas katil. Bila mesin da jalan kami tunggu kat luar memandangkan kat dalam xde kerusi menunggu.

Tiba2 pak cik panggil along along then nurse keluar tya sape along? Kami masuk rupanya pak cik nak minum. Bila relex sket pak cik ada cakap dia sesak nafas sket. Dia nak kinum air oxygen. Pukul 5 lebih kami turun sebab pak cik mintak belikan air oxygen. Kedai kat bawah kehabisan stock. Call angah suh belikan. Angah pon da 3 petrol pump xde stock. Call mak cik suh belikan. Sebelum naik kami sempat makan kat cafe. Sebab belum makan pape lagi. Tapi seriously ari tu walau x makan badan x terasa lapar sgt. Entah lah.

Dalam 6.30 kami naik. Terus masuk bilik dialisis. Mula2 pak cik tdo je kami tggu kat luar dlu. Then 2 3 kali intai pak cik da sedar. Kami masuk. Kami suapkan biskut tiger susu. 3 4 keping pak ck makan. Angah da sampai around 7pm. Tapi stay kat cafe sebab xleh nak naik da abis waktu melawat. K.azie suap pak cik, bagi minum air. Pak cik senyum je. Ngeleng bila da x nak. Pak cik x bercakap pon. Masa da abis makan mesin bunyi tanda slow kan proses tu. Panggil nurse nurse betulkan. Then nampak pak cik nak rest. Bila pak cik nak rest ktorg sambung lepak kat kerusi luar.

Tiba2 k.azie nampak nurse macam tb2 kluar masuk macam ada emergency. K.azie cakap, u pergi la tengok I takot abah I.. then bila aku bangun tengok ya. Memang pak cik y emergency. Masa aku intai pak cik da lentok ke kiri macam collapse. k.Azie da mula nangis call angah naik. Call atam. Call mak. Call y lain2. Aku da cuak bila doc da start kelam kabut.

Ya Allah. Aku x dapat bayangkan perasaan aku waktu tu. Berdebar, sebak, takot semua ada. Seriously macam dalam drama. Nurse da ttp langsir ruang pak cik. X bgi tgk apa y jadi. Tapi nampak dari luar sket2. Angah naik trus peluk k.azie nangis2 call kelly call mak. Cakap abh x sedarkan diri tiba2. K.Azie cakap u I belum bersedia apa2 kemungkinan. Dia da nangis2 x berhenti. Kami memang kelam kabut. Doc cina keluar, we can start cpr around 10 minutes. If he doesn't give the response we can continue with 30 to 35 minutes cpr.

Mesin jantung di bawa masuk. Panggil doc senior perempuan. Aku y intai nampak doc naik atas katil pak cik tekan-tekan dada pak cik. Sumpah aku berdebar tapi macam dapat mengagak. Masa tu mak cik da naik. Dia tya kenapa buat dialisis sebab pak cik lemah. K.azie nula takot mak cik y tuduh dia pandai2 buat keputusan. Aku cakap x la sebab nurse y suh g dialisis. Kita xde hak buat decision. Bila x buat dialisis abah makin lemah sebab dalam badan penuh air. Actually pak cik ada infection pada leher y tebuk ari tu. Heartbeat lemah.

Kami da makin cuak. Angah g solat maghrib. Kami masih call2. Bila angah naik kami start baca yassin. Saat ni kami da x tenang. Tengah baca yassin asyik pandang pintu kalau2 ada y datang panggil. Ya emmanag betul. Ayat last yassin aku mak cik lain y dtg panggil kata mak cik x paham doc cakap English. Kami keluar. Saat ni saat y paling berdebar. Then doc cina cakap. We try make 30 minutes cpr but he also doesn't give the response. Aku da cuak. Angah da cuak semua da cuak. He only can survive 5%. Actually we can try 1 hour cpr but the body too weak. So kami cakap whats your advise doc. Doc cakap we are already try so hard. And, means he passed away.

Masa tu da menangis. Along peluk angah semua xleh terima. Aku sebak. Tak tau mana datang kekuatan. Aku hanya menangis sket je. Maybe masih terkejut. kami masuk tgk pak cik. Masa tu mak cik da pegang kepala pak cik pa bgn pa. Jangan tggl kan mama. Along cakap abah bangun abah. Telinga abah masih panas. Ada mak cik sorg lagi datang cuba tgk lidah dia. Ya memang da tersentak ke atas. Abah da xde. Ya Allah, macam xberpijak di lantai kaki. 1st time meratapi pemergian.

Siang nya ayah ina meninggal around 2.45pm. And now,pak cik pergi mengadap Illahi. Mengadap pencipta kita pak cik. Pak cik tinggal kan anak2 pak cik yang masih memerlukan pak cik. Tempat mereka bermanja. Tempat mereka mengadu. Tempat mereka meluah, tempat mereka menangis. Ya Allah. Aku lemah. Macam terasa akan ada magic utk pak cik. Magic y akan muncul hidupkan pak cik kembali. Namum pak cik sudah kaku. Pak cik sudah longlai. Pak cik sudah tidur selama-lamanya.

Semoga roh kedua-duanya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman & beramal soleh. amin 

Tuesday, 22 December 2015

Magnum

Benda lama baru nk try! But who cares?? Hahaha. Just 3 of us, me, siti and adik mirah. At mid Valley Megamall.

Actually tak de la craving gler but why we don't try something different kan. 




Taraaa, our magnum :)
Not so bad but kepala da pening bila da habis makan sbb sgt manis. Chocolate kan mesti la manis nyah!