Salam satu malaysia semua!
Macam lama je tak menjengah kat blog ni.. padahal tak de la nak busy sangat. Haha, ni la jadinya bila blog ada tapi peram je. Sebabnya! Malas ok, Fullstop! Ni pon sambil goyang-goyang kaki sebelum lelap update kat fon je. Agak-agak ayat da tunggang langgang tu maknanya mata da kuyu la tu.. hahaha :)
Ni tiba-tiba mai rajin sket maka kita update apa yang da di peram selama seminggu lebih tu. Actually aku nak story pasal aku p holiday kat Pulau Perhentian masa Chinese New Year ari tu.. bukan la holiday sangat sebab kat negeri sendiri lagi-lagi dekat je ngan tempat aku.. haha tapi masa kecil-kecil dulu pernah la jejak kaki bukan la x prnah jejak lansung kan and now for the 2nd time. Nampak x?? Tempat cantik cun melecun kat tempat sendiri tak terasa nak pergi, bila tempat orang gedik-gedik macam excited lelebih je! Sama je semua kan?? Baik cakap ya! Haha. Lumrah manusia la!
So, we decided pergi sana on friday 2d 1n only. Xleh lelama kang rentung! Da la tak berapa nak putih sangat dah. Balik kampung da awal da, subuh-subuh rabu da sampai da. Orang lain siap-siap nak g kerja kita da bersuka ria kat kampung. Hahaha.. bak kata asbahat aku, orang pantai timur ni lebih-lebih cuti kalau balik kampung. Seminggu tak sah! Faham xpe duk diam2 pergi kerja leklok. Huhuhu.. balik awal sebab ada kenduri doa selamat sket and solat hajat kat rumah kakak aku.
Muka masing-masing da excited gler sebab duk men-google blog lain mcm best je kat sana sekarang. makin cantik dari dulu je kan.. tak silap 1st time pergi dulu masa umur aku dalam lingkungan 23 tahun lepas. bayangkan!! betapa lama berkurun kan. so kali ni pergi semua da besar gedabak da! hahaha.. ktorg book boat dalam pukul 9-9.30 am macam tu la x silap aku. disebabkan orang-orang ganu jugak maka boleh la request sesuka hati kan (padahal cik syed yang book ngan kawan dia) haha. jeti ktorg bersebelahan dengan jeti pelancong luar, means ktorg sampai je jeti ready masukkan bag then zasss meredah ombak.. hihihi, so sempat la bye bye ala model kat pelancong luar (walhal depa x de nak heran pon kat kau kan!).
Kereta ktorg park kat balai polis kuala besut setelah abah aku bisik-bisik sket kat polis dalam tu maka lepas la keta ktorg! hahaha. Bila semua da ready masuk dalam boat & dah pakai life jacket so ready for meredah lautan dalam!! eeeeuuww teruja gler weh! aku siap main-main air ngan tangan skali kena bebel kat ma aku sebab air terkena baju dia.. hahaha mintak ampun ya buk!! air dia masin so melekit-lekit kat lengan aku, padan la ma aku membebel.. hahaha!! :p ma aku cakap dalam 30-40 minit je nak sampai ke tempat penginapan tu. masa dalam boat siap jerit-jerit, da macam naik rollercoaster je bila ombak kuat. tapi perghhh layan gler kot. aku tetiba rasa nek benda ni boleh release tension jugak sebenarnya. serius aku cakap! sangat-sangat best!! haha over plak!
Actually, ktorg stay kat kuarters guru sek.pulau perhentian sebab cik syed cikgu kat sana. so ktorg stay umah dia memandangkan semua xde sebab musim cuti sekolah. alhamdulillah sangat-sangat selesa. sampai je rumah dia, masuk-masuk buka sliding door tengok view Pulau Perhentian. Sumpah! AWESOME!! AMAZING!! ALHAMDULILLAH!! SUBHANALLAH!! indah betul ciptaan Tuhan :) kaki da gatal-gatal nak turun mandi laut da. tapi sempat makan dulu bekal yang ma bawa dari rumah sebab x sempat breakfast kat rumah. hihihi
Lepas makan bebudak da beria-ria ajak mandi. ktorg watlek, watpeace je padahal dalam hati Tuhan je tau perasaan x sabar tu.. so siap-siap tukar baju gedebushh masuk air, dah x heran da panas ke apa ke. janji dalam selam badan dalam air yang kebiruan kejernihan tu. berendam ada la 2 jam jugak skali abah panggil semua suh naik atas sebab nak siap-siap solat jumaat. masjid dia pon cantik tengok view dari depan. abah cakap lepas solat jumaat kita p pusing dan mandi kat tempat yang lagi best. lagi la excited semua.
Dalam 2.45pm macam tu boat da ready nk bawa ktorg pergi ke tempat yang dinantikan.. pemilik boat tu cikgu kat sekolah pulau tu jugak so kira member cik syed so apalgi dapat chance nek free jela.. hahahaa :) rezeki kan.
Sampai je sana memang best, dan kat situ juga tempat pelancong luar snorkeling.. Serius best gler, bayangkan masa mandi-mandi ikan kecil-kecil y berbelang duk pusing-pusing badan kita.. sangat-sangat teruja!! Ktorg just bagi roti untuk ikan-ikan so lama la dia duk pusing-pusing kat ktorg.Masa ktorg kat situ ramai juga yang turun snorkeling.