Selit-selit buat kerja lain ketika waktu kerja memang tak digalakkan tapi tula nk jugak menyelit sekejap tulis entry satu. hahaha kira sama la dengan mengular kan! Disebab kan aku da berjanji ngan amalina tecit ni maka terpaksa la aku tunaikan segera takot-takot tak sempat sapa nk tolong jawab? hahaha lain macam je aku rasa statement tu, tapi abaikan jela.. Tak tau la dia mengidam ke mimpi ke ape tb2 ajak makan Boat Noodle. Actually aku baru je pergi ngan cik azie last 2 weeks tak silap aku tapi disebabkan da janji maka kita pergi lagi skali. Last time pergi kat Empire Damansara but now kitorg decided makan kat Jaya One.
Actually aku tak pernah walau sekali pon pijak kaki kat Jaya One tu tapi memandai ajak amalina p sana.. Apa nak isau zaman modern ni kat jari je semua dengan bantuan mr.google kan. So ngam-ngam time lunch kitorg pergi so perut pon agak kriuk kriuk sket la. Berpusing-pusing jugak dalam mall tu. serius sunyi sangat-sangat. sampai aku tertanya-tanya, yang jual-jual kat dalam tu siapa customer diorang ea? hahaha
Lepas naik pusing kanan pusing kiri toleh sana sini maka jumpa la Boat Noodle tu. Tersorot sket kedai dia, so sesiapa yang berhajat nk makan kat Jaya One maka usaha lah sket.. hihihi. Duduk je terus order makanan, and for your information, menu kat sini banyak sket dari Empire Damansara tu. So ok la untuk dessert pon ada, makan ratah-ratah pon ada and tenpat dia selesa sket dari Empire! puji nampak!! hahaha
Nampak tak Tea ais dia yang superb lagi terangkat tu?? fuhh, nikmat sangat bila masuk dalam tekakku! hahaha. maklumla cuaca sekarang da beralih ke musim panas. maka ini uabtnya :) Serius cik azie yang suh aku order ni! tak sia-sia ok :p
sebelum! |
selepas!! |
Nampak tak hasil dia. Bila masuk kat facebook ramai yang cakap melentak x hingat! depa x tau yang 1 mangkuk 2 kali suap je! hahaha :D serius memang senak perut. ktorg berjaya makan 10 bowls boat noodles, 1 mangkuk chicken wing (korang memang gelak kalu order chicken wing tu haha), 2 cucuk meat balls and 4 set tepung pelita. Untuk dua orang makan memang melampau kan! haha lantak la dia ngidam sangat kita kasi dia order apa dia nak makan. baru la puas hati kan!!
Next, ke Mid Valley untuk berwayang. So decide tengok TAKEN! not bad la cter dia. Tiket kul 8.00pm so ada masa nak cuci mata sket. haha perempuan kan biasa la kan! tengok sempat lagi makan sambil lepak-lepak manja kat old town. tu belum lagi dia order mkanan tuk berwayang! aku memang tak faham badan tecit tapi tong besau! hahaha nafsu la aku rasa! hahaha
Lepas wayang sebelum hantar cik tecit tu singgah makan kat Suraya kg.baru! makan lagi. kali ni aku tengok kecik besar kecik besar je dia nk order apa! skali...
Sah nafsu sedang menguasai dirinya! hahaha. Kul 12 dia makan semua ni!! siang ari makan macam mana dik?? Diet...... katanya!! hahaha. memang gaya dia makan separuh-separuh. aku makan maggie celup yang lain semua dia yang order! tamak dik kau ni. hahaha. Alhamdulillah kenyang dan tersangatlah mengantuk.
Sekian sahaja entry saturdate aku bersama si tecit amalina :)
i'm happy oke!
bye nak smabung kerja!!