Friday, 25 December 2015

Pengalaman yang paling perit

19 December 2015

1st time aku lalui pengalaman bersama insan yang ku rasakan seperti bapa sendiri yang pergi mengadap illahi. 2 petang kami tiba di hospital selayang. Jumpa pak cik kat wad 7B dan agak mengejutkan aku bila badannya terlalu kurus seperti tidak terurus. Mungkin disebabkan oleh daya tahan tubuhnya semakin lemah. Pak cik da terlalu lemah katanya. Aku masih sempat bersembang beberapa hal seperti biasa namun tidak serancak selalu.

K.azie turun ke cafe membeli kopi kegemaran. Dalam lemah masih sempat pak cik bergurau. Dalam lemah pak cik sempat memberi nasihat tentang kesihatan. Diulang berkali-kali seakan mengetahui nasihat terakhir. Wajah pak cik tersenyum dapat menghirup kopi panas. Aku nampak nafasnya pendek. Seakan bidadari disebelahnya bila k.azie ada bersembang dengan pak cik. Di urut urutkan badan pak cik seperti biasa. Masih ada gelak tawa pak cik bila bersembang tapi tidak serancak seperti selalu. 

Ayen try kopi ni. Kow! Aku try kopi kegemaran pak cik. Sedap! Hari ni agak sepi berbanding sebelum nya. Bila pak cik da mengah pak cik tunduk kat bantal. Lepas mak cik suapkan bubur 2 3 suap pak cik rehat. Muka pak cik nampak penat sangat. Nafas turun naik sgt perlahan.

Dalam 4 lebih nurse check darah n heart beat pak cik kalau2 dapat buat dialisis sebab semalam masih rendah dalam 75 je. Bila da check, nurse cakap da blh buat sebab da naik ke 114. Nurse satle kan ape y patot sebab pak cik kena duk atas katil dan akan ditolak ke wad 7A di wad dialisis. Sampai je sana, kami tunggu kat luar semasa nurse set up kan alat dialisis tu. Dialisis darah memakan masa selama 4 jam.Then kami trus masuk bila da siap semua. Nampak pak cik rehat je atas katil. Bila mesin da jalan kami tunggu kat luar memandangkan kat dalam xde kerusi menunggu.

Tiba2 pak cik panggil along along then nurse keluar tya sape along? Kami masuk rupanya pak cik nak minum. Bila relex sket pak cik ada cakap dia sesak nafas sket. Dia nak kinum air oxygen. Pukul 5 lebih kami turun sebab pak cik mintak belikan air oxygen. Kedai kat bawah kehabisan stock. Call angah suh belikan. Angah pon da 3 petrol pump xde stock. Call mak cik suh belikan. Sebelum naik kami sempat makan kat cafe. Sebab belum makan pape lagi. Tapi seriously ari tu walau x makan badan x terasa lapar sgt. Entah lah.

Dalam 6.30 kami naik. Terus masuk bilik dialisis. Mula2 pak cik tdo je kami tggu kat luar dlu. Then 2 3 kali intai pak cik da sedar. Kami masuk. Kami suapkan biskut tiger susu. 3 4 keping pak ck makan. Angah da sampai around 7pm. Tapi stay kat cafe sebab xleh nak naik da abis waktu melawat. K.azie suap pak cik, bagi minum air. Pak cik senyum je. Ngeleng bila da x nak. Pak cik x bercakap pon. Masa da abis makan mesin bunyi tanda slow kan proses tu. Panggil nurse nurse betulkan. Then nampak pak cik nak rest. Bila pak cik nak rest ktorg sambung lepak kat kerusi luar.

Tiba2 k.azie nampak nurse macam tb2 kluar masuk macam ada emergency. K.azie cakap, u pergi la tengok I takot abah I.. then bila aku bangun tengok ya. Memang pak cik y emergency. Masa aku intai pak cik da lentok ke kiri macam collapse. k.Azie da mula nangis call angah naik. Call atam. Call mak. Call y lain2. Aku da cuak bila doc da start kelam kabut.

Ya Allah. Aku x dapat bayangkan perasaan aku waktu tu. Berdebar, sebak, takot semua ada. Seriously macam dalam drama. Nurse da ttp langsir ruang pak cik. X bgi tgk apa y jadi. Tapi nampak dari luar sket2. Angah naik trus peluk k.azie nangis2 call kelly call mak. Cakap abh x sedarkan diri tiba2. K.Azie cakap u I belum bersedia apa2 kemungkinan. Dia da nangis2 x berhenti. Kami memang kelam kabut. Doc cina keluar, we can start cpr around 10 minutes. If he doesn't give the response we can continue with 30 to 35 minutes cpr.

Mesin jantung di bawa masuk. Panggil doc senior perempuan. Aku y intai nampak doc naik atas katil pak cik tekan-tekan dada pak cik. Sumpah aku berdebar tapi macam dapat mengagak. Masa tu mak cik da naik. Dia tya kenapa buat dialisis sebab pak cik lemah. K.azie nula takot mak cik y tuduh dia pandai2 buat keputusan. Aku cakap x la sebab nurse y suh g dialisis. Kita xde hak buat decision. Bila x buat dialisis abah makin lemah sebab dalam badan penuh air. Actually pak cik ada infection pada leher y tebuk ari tu. Heartbeat lemah.

Kami da makin cuak. Angah g solat maghrib. Kami masih call2. Bila angah naik kami start baca yassin. Saat ni kami da x tenang. Tengah baca yassin asyik pandang pintu kalau2 ada y datang panggil. Ya emmanag betul. Ayat last yassin aku mak cik lain y dtg panggil kata mak cik x paham doc cakap English. Kami keluar. Saat ni saat y paling berdebar. Then doc cina cakap. We try make 30 minutes cpr but he also doesn't give the response. Aku da cuak. Angah da cuak semua da cuak. He only can survive 5%. Actually we can try 1 hour cpr but the body too weak. So kami cakap whats your advise doc. Doc cakap we are already try so hard. And, means he passed away.

Masa tu da menangis. Along peluk angah semua xleh terima. Aku sebak. Tak tau mana datang kekuatan. Aku hanya menangis sket je. Maybe masih terkejut. kami masuk tgk pak cik. Masa tu mak cik da pegang kepala pak cik pa bgn pa. Jangan tggl kan mama. Along cakap abah bangun abah. Telinga abah masih panas. Ada mak cik sorg lagi datang cuba tgk lidah dia. Ya memang da tersentak ke atas. Abah da xde. Ya Allah, macam xberpijak di lantai kaki. 1st time meratapi pemergian.

Siang nya ayah ina meninggal around 2.45pm. And now,pak cik pergi mengadap Illahi. Mengadap pencipta kita pak cik. Pak cik tinggal kan anak2 pak cik yang masih memerlukan pak cik. Tempat mereka bermanja. Tempat mereka mengadu. Tempat mereka meluah, tempat mereka menangis. Ya Allah. Aku lemah. Macam terasa akan ada magic utk pak cik. Magic y akan muncul hidupkan pak cik kembali. Namum pak cik sudah kaku. Pak cik sudah longlai. Pak cik sudah tidur selama-lamanya.

Semoga roh kedua-duanya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman & beramal soleh. amin 

Tuesday, 22 December 2015

Magnum

Benda lama baru nk try! But who cares?? Hahaha. Just 3 of us, me, siti and adik mirah. At mid Valley Megamall.

Actually tak de la craving gler but why we don't try something different kan. 




Taraaa, our magnum :)
Not so bad but kepala da pening bila da habis makan sbb sgt manis. Chocolate kan mesti la manis nyah!

Tuesday, 17 November 2015

13 years and still counting

Bila si gila jumpa si gila cuba uols bayangkan what's gonna be happen?? Actually Lina is my schoolmate since secondary school lagi. And yang best nya her birthday was same with me! Dulu masa buat I/c or kad pengenalan ktorg da pernah jumpa but we don't know each other kan so buat2 sombong la time tu and tak sangka jumpa kat sekolah yang sama and mula la ehh macam pernah nampak la! Urghhh cliche kan ayat tu.. Hahaha

And now she's one of my best friend yang still contact even duk jauh. Well yang jauh la slalu nya rapat kan! Hehehe

Actually our birthday on 15th October but now on nov we celebrate our birthday! Well everyday is our birthday so x kesah la nak celebrate bila pon kan. And y best nya this is unplanned! Since nak tggu movie at the night so jalan2 mid valley n gardens so I said to Lina let's celebrate our belated birthday, and of course la laju je jom la! Hahaha xpernah we celebrate together so now tercapai la jugak! 

Just coffee and cake for both of us. Yang penting cake tu ada orang bayarkan! So lucky but can't share who's that nice guy! Hahahaha


Happy Birthday my twin, aka si gila! Lup u as always
From ur true friend yang always sweet :)

14 Nov 2015

Tuesday, 27 October 2015

Sugar Melon, One City

Boss ajak lunch sama-sama. Katanya birthday treat for me & eja. No more dinner sebab masing-masing x leh join kalau buat malam. Biasa la orang ada anak lain bukan makan yang bujang senang ni. Hehehe

Tempat paling dekat ngan office, One City usj. Pernah boss bawa makan kat Krua Thai kat rooftop masa nak sambut awal puasa. Not bad jugak restaurant tu. Kalau malam siap ada open air tgh view usj. But today boss ajak makan kat Sugar Melon. Restaurant ni baru pindah dulu bahagia atas now dia buat kat ground (G level).

Aku, eja and lady boss order chicken grill with mushroom and black paper sauce. For lunch set dia bagi ice lemon tea. Mel order lamb bla2 tah apa nama lupa da. And big boss too lamb steak. Dua2 peminat tegar kambing weols memang datang la raja kambing ke apa memang jeling je. Hahaha feel like bau2 kambing masuk sampai tekak. Tapi kalau peminat tegar apa jenis masakan pon layan je. Actually harga kat restaurant ni sangat-sangat berbaloi. Murah dan makanan dia sedap.

So far kalau keluar lunch dengan boss memang over sket sembang sebab tak heran nak balik kul berapa kan. Siap sembang tok nenek segala kisah la keluar. Gelak macam restaurant tu bapak kita punya. Hahaha

Thanks for the lunch treat boss!

Thursday, 22 October 2015

Demi sebiji pau

Sabtu last week aku pergi genting melawat abah kawan baik aku. Naik pon da agak lewat sebab sebelum naik sana ktorg pergi beli nasi kak wok kat ttdi (favourite abah dia), then singgah 1 2 tempat baru naik sana.

Sampai je atas adik ngan mak cik dia siap masakkan udang masak petai, sambal telur dan petai bakar lagi. Ktorg sembang-sembang sambil menikmati nasi kak wok. Kat atas sana berkabus plus jerebu boleh tahan jugak.

nasi kak wok! jarang-jarang makan memang termimpi-mimpi!

Lepas sembang-sembang kat bawah naik bilik abah dia sambung borak. Mula-mula adik dia ajak aku pergi strawberry park, last2 abah dia cakap macam nk pergi makan pau panas-panas sambil pekena kopi kat tanjung malim. Ktorg pon apa lagi semua kaki jalan plak kan.

Masa otw g tanjung malim tu member aku siap tunjuk sekolah rendah ngan sekolah menengah dia kat aku ala-ala mengimbau kenangan lalu la konon kan, hahaha. Jauh jugak dari genting ke tanjung malim sebab dia lalu jalan mcm kampung sket, eh up sket pekan. Masa otw pergi hujan boleh tahan lebatnya dah la kawasan tu gelap sket.

nampak old school sket kedai dia

Yik Mun Pau tu dekat juga ngan UPSI. Dekat simpang yang ada patung budha tu. Alhamdulillah nasib kami kedai tu bukak. Actually, kedai tu da lama kira turun temurun ke macam mana tah sebab abah dia pernah makan pau tu kira famous jugak la.

ehsan google! siap ad cop Yik Mun ok!

Ktorg order 4 pau daging 2 pau ayam and 4 side dishes mee kari, kuew teuw Cantonese, nasi goreng cina and yong tau fu. Kedai dia ala2 Chinese food and concept ala2 kopitiam gtuu (part meja & kerusi kat dalam jela nampak ala kopitiam, hahaha) malam tu full house. Maybe sebab hujan so banyak la tekak-tekak nak pekena kopi panas ngan pau kan. Ktorg order kopi kaw kaw punya. Special kau!

Pau daging, beta yang punya!
Kopi panas, berbuih!

Makanan lunch tadi pon belum jadi bahan kumbahan lagi ditambah makanan y macam-macam plak. Naik senak perut semua. Usap perut 7x dulu sebelum balik. Hahaha

Alhamdulillah, food hunting yang sangat gigih.

Recommended, tapi pau daging agak masam sket. Yang lain-lain sodap! Menjilat jari (tak pon sebenarnya sebab da kembung da perut).


Lot 6043, Jalan Slim, 35900 Tanjung Malim,
Perak, Malaysia.

Telephone: +605 4596 380

Bai bai. Sambung kerja plak!!

Masakan mak tiada tandingan

Tajuk tak nak kalah kan! Haha. Actually tengah lapar ni macam-macam benda teringat. Tapi sekarang ni aku duk imagine sup gear box ma aku. Adoii kalau kerja kat kampung blh la jugak balik makan tengah hari kat rumah. Jauh berbatu ni x dapat la kau!!

kan aku cakap masakan mak tiada tandingan!!

Chow, lunch dulu beb!!
Bye

Sunday, 9 August 2015

Zawara Coffee

Zawara CoffeeDisebabkan dekat dengan rumah k.azie so ktorg decide lepak-lepak manja kat area siyu jugak. Memandangkan aku park kereta area bukit jelutong tu juga so terjah Zawara Cafe and want to try something new. Sebab cafe tu baru je bukak x silap aku.


Aku nama je pergi coffee coffee kat kedai y specialist coffee tapi jarang sgt aku order coffee macam Starbucks tu aku suka dia punya green tea! Superb. Aku ni peminat tegar grean tea. Yang aku rasa sedap dekat Starbucks, secret recipe and Rakuzen Japanese tu. Memang thorbaik ok! Should try. And nowadays makin menjadi2 semua kedai duk promote grean tea and coffee. Kat sini aku order grean tea. Mati2 aku duk egt aku order y super skali green tea pucat lagi sodap aku buat kat rumah oke! Pfttttt.. k.azie memang peminat tegar coffee so dia order coffee latte ke ape tah aku mls nk egt balik. Hahaha

Lepak-lepak boleh tahan best jugak kat zawara cafe ni. Santai je lagi2 lepak memalam. Masa ktorg smpai pon full house cafe tu. Tengah elok duk sembang-sembang k.azie cakap nak makan simple2. So dia p ordee Churos. Perghhh egt rasa sebijik macam aku makan kat Uss Singapore ari tu skali x sedap! X urmppp. Hai la badan ape la nasib. So da abis sembang-sembang gelak-gelak ktorg blik.


I think this is the 1st and the last to Zawara Cafe. Disappointed!!
Bye!

Wednesday, 29 July 2015

Breakie Wrap

Bila da muak nak beli apa pon tak tau kat kedai maka ayuhlah kita merajinkan diri memasak dipagi hari. Ari ni mood gedik sket nak makan chicken wrap. Gituuu kau jah!

Simple, but breakfast like a queen!

Nak buat kerja pon hati riang sebab perut dah kenyang. Lol sekali mengantuk bak hang!
Bye!

Monday, 13 July 2015

lepak

Memalam orang kl datang melepak ngan orang shah alam. Lepak, sembang, gelak macam orang gila pastu makan sampai senak perut! Ktorg lepak Pak Li Kopitiam, Seksyen 7 sebab k.zati nak minum coffee! mengidam ke ape mek??


Seriously chicken lemon dia sedap glers!! 

Bye!

Friday, 3 July 2015

Iftar

Bulan puasa ni la tangan duk gatal google resepi pastu mula la meroyan lapar la apa. Iman da la cepat goyah! Hahaha. Kepala macam duk fikir naka makan chicken grill atau apa2 yag berasaskan ayam. Janji nak ayam jugak. Sekali tengah-tengah google nampak orang share chicken grill with mushroom sauce. Perghh lagi la mengigil (over kan padahal x menggigil pon!).

Simple and nampak marvellous. Aku nak kata pandai masak tak la jugak tapi kalau makan x de la muntah kan. Hahaha. So, whatsapp akk aku tanya ok tak nak masak chicken grill ari ni. Bila dia on aku pon berbahagia lah! Actually da bosan x tau nk makan lauk apa. And setakat ni belum lagi merasa makanan kat kedai. Last year au banyak tapau dari masak. Tahun ni insaf nak masak je utk buka puasa.

So balik je rumah aku perap ayam for grill. And then around 6.45pm aku start masak mushroom sauce. Aku masak sekali fettuccine so that's boleh makan skali nga ayam so ada la carbohydrate and protein (acah-acah healthy lady) hahaha. Aku beli broccoli, carrot and fries ok! Nak nampak GAH (bak kata diva AA kau) kehkehkeh. And aku masak banyak sekaligus sebab boleh simpan utk sahur sekali.

Iftar
Sahur

Seriously sendiri masak sendiri makan memang awesome! Boleh tahan jugak air tangan aku. Akk aku pon cakap sedap. Esoknya dia tunjuk kat budak office dia, diorang cakap look Yummyeh! Kikiki. Bila sahur lagi sedap weh serius tak tipu. Hahaha puji diri sendiri jela nyah!!

Alhamdulillah kenikmatan tak terhingga. Selamat berpuasa dan beribadat kepadaNya. Peace yoo!

Saturday, 27 June 2015

The Nasi Lemak Project

1st week puasa akak aku ada terbaca kat facebook about volunteers for distribute foods for gelandangan di kl. Actually ktorg da lama nak join jadi volunteer apa2 events skali pon macam agihan bantuan mangsa banjir, pergi rumah orang tua or anak yatim or any else. Aku memang nak sangat join sebab rasa nak dekat dengan mereka mana tau hati kita lebih dekat dengan Tuhan kan. So on Saturday morning ktorg ke gombak berdua plus adik angkat kakak aku nani dimana The Nasi Lemak Project (TNLP) berkumpul and discuss about plan and strategies for their project.


Yang aku solute adalah disebabkan oleh the leader of TNLP is a lady, woman oe superwoman. Her name is Mastura and she's 26 years old. Muda kan?? U know what, dia start buat program volunteer ni masa umur dia 19 y/o. Seriously dia memang lantang bersuara, relex, chill, good leader and bla bla bla. Difahamkan TNLP create 2 team the 1st one is Streetrangers and the 2nd one is Edurangers.

Aku explain sket utk uols faham. Masalah ada ke yang nak baca blog usang lagi tak berupdate aku ni?? Lantak la kot korang terbaca kan. Hahaha.1st Streetrangers. Streetrangers ni tugas dia membeli brg masak, memasak, packing and distribute to gelandangan area kl. Masa mula2 dengar macam blur macam interesting and yang penting weols bertiga pilih team Streetrangers. Konon rajin memasak!! Hahaha aku paling suka bila dengar part distribute for gelandangan. So that's kita boleh jumpa dan tengok cara hidup orang gelandangan tersebut.

Edurangers pula adalah mengajar dan bersama penduduk di pedalaman. Kenapa ktorg x pilih ni?? Sebab x suka nak jadi cikgu!! Not my passion ok. Even rasa best sama2 ngan kanak2 kat pedalaman tapi jiwa belum sampai nak mengajar lagi. Kang aku tidur tak pasal2 time mengadap bebudak tu. Dari discussion tadi diorg ada buat list kawasan mana dan total students. Tak sangka area gombak sana ramai jugak orang yang tinggal dipedalaman.

So continue with Streetrangers. Team ktorg kena plan pukul berapa nak beli barang, nak masak lagi n then the next pack and agihkan. Memandangkan nama The Nasi Lemak Project maka menu utama dan makanan yang wajib adalah nasi lemak. So around pukul 6 or 6.30pm ktorg da kena gerak ke kl sebab kang nak berbuka puasa lagi kan. Dengan modal rm500 kita kena bajet nak masak or beli? Sebab ni 1st day but not 1st experience for them so agak blur2 sket ktorg. Lepas bincang semua decided masak je sebab jimat and sempat kalau ramai yang tolong. So mula la proses nasi lemak. Antara makanan lain kurma, air kotak dan pisang.



Punya terror mastura dia boleh bajet nasi masak macam nak buat kenduri bagai. Sambal nasi lemak and so on. Memang da boleh kahwin da si mas tu. Hahaha. Ramai jugak yang tolong petang tu so agak cepat la proses masak and packing. Alhamdulillah, benda baik kita niat Insyallah Tuhan akan permudahkan segalanya. 6.30pm semua da ready bawa masuk dalam kereta. Dalam 4 5 buah kereta jugak konvoi ke kl. Port malam adalah Chow Kit. Dan malam tu siap ada TV Al-Hijrah datang dan janji ngan mas utk record.

On that day, beberapa ngo lain turun padang juga. Sebelah ktorg 1 team lain. Dan area lain ada volunteers dari bank rakyat or rhb bank x silap aku pon ada distribute makanan malam tu. Untuk bulan puasa, diorang akan agihkan makanan waktu berbuka sampai la sahur. But weols tak sampai sahur hari tu sebab sebenarnya hari tu kita x start lagi pon xpe tapi disebabkan mastura da set date ngan tv Al-Hijrah maka kita tak nak kecewakan diorang. So, makanan ktorg prepared utk berbuka sahaja. Alhamdulillah, Tuhan permudahkan semua.

Mastura tu cakap, salah 1 sebab rakyat kat Malaysia ni malas nak kerja terutamanya di kl sebab terlalu banyak volunteers and Ngo yang agihkan makanan. Non stop! So memang patut la kan. Sebenarnya aku tak berapa setuju bila pengagihan makanan secara berterusan walhal alu tengok ramai yang muda lagi yang datang ambil makanan. Masih bertenaga lagi nak kerja. Gelandangan ni actually diorang tak mampu nak sewa rumah, kalau ada duit diorg akan sewa hotel bajet and kalau da takde duit diorang akan keluar tidur meraya tempat. Tak sampai hati aku tengok budak-budak umur baya adik2 kita berkeliaran makan, tidur tak menentu. How about their education?? Bila kat sana jumpa diorang macam-macam yang aku fikir. But, nasib masing-masing berbeza. Rezeki bukan datang brgolek. Usaha pon takde maka hidup akan berada di takok lama.

This is an amazing experience seumur hidup aku. Insyallah next time ada peluan aku nak join lagi. TNLP ni sebenarnya join venture anak pelakon Wan Hanafi Wan Su (Budi Citawan). Malam tu pon sepatutnya dia turun padang tapi disebakan ada hal yang tak dapat dielakkan maka dia x dapat nak join.

Smile like u can't meet tomorrow!

The best experience and the sweet moments will fresh in my mind. Alhamdulillah and thank you for the opportunity Ya Tuhan.


Sekian, bubye.
Wassalam.

Thursday, 18 June 2015

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum


Salam Ramadhan untuk semua umat islam di muka bumi ini. Bersyukurlah kerana kita masih berpeluang bertemu ramadhan tahun ini.




Sila jangan bermalas-malasan untuk bekerja ya!

Sunday, 14 June 2015

D'Kayangan

Last week family datang shah alam before ktorg semua ke johor on Saturday morning sebab ada kenduri belah suami kak ngah aku. So, jumaat aku ngan akk aku apply cuti so boleh bawa diorang jalan-jalan. Plan macam-macam dalam kepala. Nak tengok movie la, makan-makan la bawa shopping la and bla bla bla. Jumaat pagi ktorg pergi Sunway Pyramid sebab mak aku nak shopping barang sket.

Lepas penat jalan and shopping barang ktorg gerak ke Aeon Bukit Raja sebab nak tengok movie and da book dinner kat D'Kayangan. So memandangkan jumaat memang hari yang jem maka ayuhlah kita lari dari jem awal-awal. Kat sana pon mak aku duk usha2 barang skali sangkut baju la ape la. Da alang-alang katanya. So anak-anak layankan jela. On that day ktorg tengok movie dinosaurs memang layan habis siap jerit-jerit bagai. Hahahah. Aku bei popcorn ngan air sekali.

Around 6.45pm movie habis ktorg berhenti masjid kat seksyen 7 for maghrib then trus g D'Kayangan sebab booked kul 8 memang ngam sangat. Memang niat nak belanja family makan steamboat. Dulu aku suka Flaming Steamboat Buffet sebab dia ada dim sum sekali. But now aku da suka gler ngan D'Kayangan sebab dia steamboat & grill so tak la muak sangat nak makan and tempat dia pon selesa. Harga rm33.00 per person. So memang worth it sangat-sangat.

tengok time lapar memang nafsu membuak-buak!
hilangkan rasa nak termun***! hahaha
Makan sampai da tak leh nak bergerak. Suka aku tengok family makan especially my muncit kembar ktorg. Makan sambil gelak. Our precious moment with family.

D'Kayangan ni senang je nak cari sebab dia kat sebelah Apartmen Acapella kat seksyen 13. But make sure book dulu sebelum pergi sebab sana sellau full house and fully book kalau lambat-lambat. Lepas makan trus balik tdoq sebab esok pagi tu nak gerak g Johor. So balik rest and betulkan segala urat saraf dulu.



Alhamdulillah, bila dapat enjoy ngan family dapat la release tension jap.

Bye!

Burger

Morning ols...

 telur goreng rangup + sosej + bayam = sebiji burger

Hari bermalas-malasan dirumah. Maka ayuh kita memasak utk breakfast perut sendiri :)

Thursday, 4 June 2015

Khasiat KURMA

Sempena menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Khasiat Tersembunyi Buah Kurma menurut Islam dan Sains amat luas sekali.
Selain rasanya yang manis dan tahan lama malah tidak perlu dimasak,Rahsia Kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.


Berikut ialah Khasiat Tersembunyi Buah Kurma yang jarang diperkatakan:

•Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama DAPAT memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

•Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab,nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.

•Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

•Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

•Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

•Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

•Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

•Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

•Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan didalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

•Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori,setara dengan 315bkalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

•Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

•Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma,kerana kurma membekalkannya dengan kalori,menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

•Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?

•Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

•Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan MUDAH dicerna?

•Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A,vitamin B, vitamin C,biotin,riboflavin, dan lainnya?

•Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

•Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

•Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?

•Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?

•Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?

•Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?

•Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah,razizi,dan rabi’ah?

•Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

•Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?

•Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?

•Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?

•Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?

•Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

•Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?

•Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?

•Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakanbpergolakan saraf?

•Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?

•Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?

•Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?

•Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandungi banyak unsur mineral seperti fosfor,kalsium,magnesium,besi, sodium,sulfur,dan klorin?

•Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin,2,1% protein,18% lemak,73% gula dan 3% serat?

•Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?

•Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?

•Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata,serta menajamkan pandangan pada malam hari?

•Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?

•Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?

•Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh tenaga dengan pantas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?

•Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?

•Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

•Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?

•Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

•Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?

•Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

•Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?

•Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh khususnya pada anak-anak?

•Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan CEPAT sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?

•Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?

•Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalamapricot, pir, stroberi, dan anggur dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya:"Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak" Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda:

"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu"

Sunday, 31 May 2015

Redah & Terjah

Weekend?? Hurmmm sabtu seharian rest kat rumah. Tiba hari ahad da mula rasa bosan. Tiba-tiba geng call ajak p port Dickson. Aku kalau bab jalan on je tambahan pulak ngah bosan tak buat pape.
Ktorg gerak after zohor sebab g pd dlm 45 minit ke sejam macam tu je. So aku volunteer ambil siti ngan adik dia kat usj. Siap2 zasss trus redah je. Nasib jalan clear je and jalan menghala ke kl agak jem biasa la hari ahad y balik kampung da start balik da.

Sampai je pd pusing-pusing cari port yang ada jual pisang goreng panas ngan air kelapa. Memandangkan aku breakfast main2 je makan perut pon da agak berkeroncong. Seriously pisang goreng kat sana sangat sadis. Ya Allah aku tengok pon hilang selera mengidam nak makan tapi beli la juga 2 3 ringgit. Y lain beli keropok, cucuk2 and bla2 and yang penting aor kelapa, wajib!

Actually ad 2 3 port yang boleh lepak tapi ktorg pilih yang tak crowded sangat and yang jauh sket dari mat mat rempit. Bising gler kot diorang ni. Da la kat jalan pon diorang jadi raja, kat tempat orang nak rehat2 manja pon nak memekak jugak!! Haaa kan da membebel da. Geram ya amat! Siap ada kereta hon hon diorang kat jalan padan muka. Hahaha tu la nk tunjuk raja sangat kat jalan kan. Hambikk kau!!

Lepas lepak makan bagai dalam kul 4 lebih ktorg ingat nak ronda-ronda pantai Teluk Kemang skali bila lalu tepi laut tu nampak ada jambatan baru ala-ala dalam cerita cinta kolesterol. Apa lagi terjah la. Masalahnya ktorg tak jugak jumpa jalan masuk. 3 4 kali kot pusing tempat sama. Lastly nampak ada laluan kecil masuk ke tempat tu. Punya la menggigih cari serius lansung tak patah semangat aku. Yela alang-alang da sampai and oke jugak la tempat tu nak snappy selfie bagai. Alhamdulillah excited gler bila sampai.

Ni belanja sket.

kiri : me, mira & siti
nak jugak!!

Syok gler dapat relex and released tension tengok laut. Macam main-main je pergi sana. Yela bayangkan ktorg sempat solat asar kat usj. Kotang rasa brp lama ktorg melepak kat sana? Hahaha short trip bit a lot of happiness. I loike jahhh.
Sekian, aku da nak lelap!
Assalamualaikum ;)

Saturday, 30 May 2015

Penang Day 4

Day 4 (27 April 2015)

my breakie!
kita upload dia jela! hahaha

Breakfast, makanan kat sini out betul. (nora bagi 2 **) hahaha
Actually pagi tu aku da tak sdp badan. So agak bermalasan sedikit.
Then terus naik atas. Plan nak berendam kat pool lagi tapi semua kemalasan.
Lepak-lepak blik mandi kemas barang semua.


Love this!




Before check out selfie mcm superman da!
Call service ambil bags n check out.
Alhamdulillah semua dipermudahkan walau ada la kes2 dalaman sket.
Gediks!!

Bye bye, miss penang, miss my friends!
Till we meet again ya! i love Penang :) muah ciked

Penang Day 3

Day 3 (26 April 2015)



sempat aje!! hahaha




Mandi pool lepas breakfast smpai kul 11 lbh.
Siap2 pergi lunch nasi kandaq beratur.


Alhamdulillah belum ramai, lps makan baru ramai yang beratuq! kihkihkih
Nasi ayam, sotong, kuah campuq rm9 lebih. Worth it!!
Panas gler mkn n jln kaki ke kereta
Next, bukit bendera around 3 pm.



yang ni memang over!! hahaha
dia je memang win!
Actually, banyak gambar yang terdelete dalam fon member aku.
Cuaca ok2 la masa kat atas sana tapi macam nak hujan pon ya.
Huwarghhh!!
X sempat jalan-jalan smua sbb nk ujan,
Cable car pon tak sempat nak naik.
Sempat jugak singgah minum kat cafe ape tah (tapi ada isu bab ni)! hahaha

we ols
Then balik hotel rest jap before dinner
Mkn kat ala2 food court dpn hotel ape tah
nk mkn char kuew teuw famous tutup plak
Sembang imbau kenangan lama smpai ujan renyai pndah dlm
Sambung lepak mamak.
Mamak sgt x best, sunyi ko gler lepak mamak x de feel tpi ktorg buat hal sndri gelak mcm hantu
Smpai kul 12 jg la kot.


Then balik tdoq!! byezz